Allah S.W.T
telah berfirman dalam surah Al – Baqarah ayat 11 yang bermaksud
“
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan
kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami
orang-orang Yang hanya membuat kebaikan".
Surah Al –
Baqarah ( Ayat 11)
Bukti ini
jelas menunjukkan larangan keras daripada Allah S.W.T kepada manusia di muka
bumi supaya tidak melakukan kerosakkan di muka bumi dan isinya. Allah S.W.T
telah menghiaskan bumi ini dengan seindah- indah kejadian yang lengkap dengan
tumbuhan menghijau, sungai yang mengalir jernih, lautan yang membiru, haiwan-
haiwan dan cakerawala yang indah. Namun begitu, manusia telah mencemarkan
keindahan dan kesucian alam ini dengan melakukan kerosakan di udara, air dan darat.
Masalah pencemaran alam bukanlah sesuatu
yang baru pada masa kini. Fenomena ini telah berlaku sejak dahulu sehingga ke
hari ini dan tidak mustahil jika suatu hari nanti masalah ini turut di hadapi
oleh generasi akan datang. Bagi mengawal pencemaran dan kualiti alam sekeliling
, Akta Kualiti Alam Sekeliling telah diwujudkan pada tahun 1974. Berikutan itu,
beberapa punca yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang melibatkan
udara, air dan darat telah dikenalpasti.
Pencemaran alam sekitar terbahagi
kepada tiga, iaitu pencemaran udara, air dan darat. Menurut Wark dan Warner
(1901) pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau
gabungannya di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu
yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia, haiwan atau menganggu
suasana kehidupan. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, pencemaran udara ialah
pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Sulfur dioksida, karbon
monoksida, nitrogen dioksida, allergen dan plumbum merupakan beberapa jenis
bahan tercemar yang berada di udara. Asap- asap daripada kenderaan bermotor
seperti kereta, lori, kapal terbang dan motosikal menyumbang kepada pencemaran
udara dan juga pencemaran bunyi . Hal ini demikian kerana, asap- asap yang
dibebaskan daripada kenderaan ini mengandungi gas beracun yang sangat
berbahaya. Dengan peningkatan taraf hidup dan jumlah penduduk di kota mahupun
desa pada masa kini, jumlah kenderaan di jalan raya juga turut meningkat.
Pengguna jalan raya pula lebih gemar menaiki kenderaan sendiri berbanding
menggunakan kenderaan awam seperti bas, LRT, teksi dan monorel. Hal ini
menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk serta pembebasan asap ke udara.
Semakin banyak kenderaan ini, semakin bertambah pencemaran di udara. Demikian
jelas menunjukkan bahawa kenderaan bermotor merupaka salah satu punca
pencemaran di udara dan juga menyebabkan pencemaran bunyi secara tidak
langsung.
Selain itu, antara punca lain yang
mendorong kepada berlakunya pencemaran udara ialah pembakaran secara terbuka.
Pokok-pokok yang telah tua ditebang dan dibakar di hutan dan di ladang bagi
tujuan penanaman semula. Penanaman semula merupakan satu usaha yang murni,
namun begitu kesan daripada pembakaran terbuka tersebut telah mendorong kepada
pencemaran udara. Di samping itu, ekosistem juga turut terjejas. Kehidupan
flora dan fauna serta sekitarnya terjejas ekoran pembakaran ini. Hal ini
kerana, haiwan – haiwan di hutan hilang habitat semulajadinya akibat daripada
pencerobohan dan gangguan daripada anasir luar. Bukan itu sahaja, kesan
daripada pembakaran terbuka ini, suhu dunia meningkat secara mendadak dan
menyebabkan berlakunya kepanasan global. Kepanasan global menyebabkan cuaca
menjadi sangat panas dan berlaku pencairan ais di kutub utara. Selain itu,
pencemaran juga boleh berlaku secara semulajadi. Contohnya, pembakaran
kayu-kayu, jerami dan juga berpunca daripada letusan gunung berapi.
Hal ini juga
turut berpunca daripada sikap masyarakat, peladang dan petani, kilang-kilang
dan pihak berwajib yang tidak bertanggungjawab. Dengan menganggap sungai
sebagai tempat pembuangan sampah, kejernihan air sungai menjadi tercemar.
Segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab membuang sisa sampah sarap ke
dalam sungai berhampiran mereka. Bukan itu sahaja, lebih menjijikkan lagi
mereka menjadikan sungai sebagai tempat menyalurkan air kotor dan sisa kumbahan
seharian. Akhirnya sungai menjadi kotor, cetek dan dipenuhi sampah sarap kerana
timbunan lumpur, sampah dan dipenuhi rumput. Masyarakat seolah olah tidak
menyedari bahawa aktiviti seharian mereka dan bahan-bahan yang mereka gunakan
dalam kehidupan seharian telah menyumbang kepada pencemaran udara, air dan
darat. Cuaca yang sangat panas berikiutan kepanasan global dunia masa kini
menyebabkan manusia mencari inisiatif untuk menjadikan suasana lebih selesa dan
nyaman. Namun tanpa mereka sedari, mereka memburukkan lagi keadaan dengan
memasang penghawa dingin di dalam kereta, di rumah dan pejabat. Hal ini kerana,
alat penghawa dingin dan peti sejuk mengeluarkan sejenis gas yang menyumbang
kepada pemanasan global apabila dibebaskan ke udara. Lapisan ozon menjadi
semakin nipis dan cahaya dan haba serta sinaran ultra violet terus menembusi
lapisan tersebut dan seterusnya berlaku kepanasan global. Selain masyarakat, sikap sesetengah kilang
seperti kilang asbestos, simen dan bateri kereta serta syarikat perkapalan yang
tidak bertanggungjawab mendorong kepada permasalahan ini. Kilang- kilang
seperti ini tidak menggunakan penapis di serombong asap di kilang mereka. Asap
ini mengandungi gas beracun yang boleh menjejaskan kesihatan dan membawa kepada
penyakit berbahaya. Selain gas dan asap yang berbahaya dilepaskan sesuka hati,
mereka juga menyalurkan sisa toksik ke dalam sungai dan menyebabkan pencemaran
air. Tindakan mereka menyebabkan hidupan akuatik terjejas dan mati. Bukan itu
sahaja, sisa pepejal yang tidak larut juga dibuang ke dalam sungai dan laut.
Bidang
pertanian dan perladangan juga turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Pencemar udara ini terhasil daripada kegiatan membaja dan meracun tumbuhan
seperti sayur- sayuran, buah-buahan dan tanaman. Walaupun kerajaan menyeru agar
petani-petani ini menggunakan bahan organik berbanding bahan kimia, masih ade
segelintir petani yang degil masih menggunakan racun serangga berbahaya . Bahan
racun perosak ini mengandungi bahan kimia dan gas yang berbahaya bukan organik
seperti plumbum arsenat, Sulfur, Asid Borik dan Paris Green yang terbebas di udara dan yang meresap ke tanah apabila digunakan. Tambahan
lagi, kurangnya peranan dan tanggungjawab badan yang berwajib juga menjadi
punca kepada pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana pihak yang berwajib
haruslah lebih peka dan tidak sambil lewa dalam membanteras pencemaran alam
yang dilakukan oleh individu, organisasi, dan industri yang tidak
bertangguangjawab. Sikap ibarat melepaskan batuk di tangga dan tumbuk rusuk
oleh sesetengah penguatkuasa alam sekitar menyebabkan masalah pencemaran ini
tidak berkesudahan dan menemui jalan buntu. Tindakan yang tegas haruslah di
ambil dan dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan dan melanggar
peraturan. Penjenayah alam sekitar ini harus didenda, dikompaun dan
dipenjarakan mengikut Akta Kualiti Alam dan undang-undang.
Terdapat
pelbagai perkara yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran air, udara, darat dan bunyi. Bersatu teguh bercerai roboh. Oleh itu,
semua pihak harus bersatu padu dan berkerjasama ibarat aur dengan tebing dalam
mengatasi masalah pencemaran ini. Di samping itu,kita hendaklah sebulat suara dan
bersatu selain mencuba alternatif yang sesuai mengikut tugas, tanggungjawab dan
perspektif masing-masing. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat, kita hendaklah berbincang dan membuat rundingan apabila menemui jalan
buntu dalam sesebuah masalah. Kita haruslah yakin bahawa di mana ada kemahuan
di situ pasti ada jalan dan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Andai
peranan dijunjung bagai berhampar lapik, berlicin daun dengan bertaut keyakinan
diri, pasti yang sukar menjadi mudah.
No comments:
Post a Comment